Salam Maal Hijrah 1435H..
Dan ya..sememangnya kami dah berhijrah... Alhamdulillah..
Kekonon dulu nak hapdate to do list ala2 blog "bride-2-be" yang lain...tapii....non-hado. apekan daya..kesibukan kerja dan persiapan kahwin menghalang berblogging dengan kerap..haih.. aptb. puii~
Well...kesibukan bermakna ruang buat rezeki. Harus positif disitu. :)
Ok. Sempena tahun baru, niat harus baru, dan jadi yang baru, Jadi, apa azam tahun baru?
Azam supaya mampu jadi isteri yang taat pada suami, solehah, jadi telinga, mata dan bahu untuk sang suami, nak semakin dekat dengan Tuhan, sentiasa berada dikala susah senang, bangun jatuh, sihat sakit..oh, dan jadi ibu yang baik pada anak-anak satu hari nanti. hiks. InsyAllah,
Itu azam kecil. Harap-harap yang kecil inilah mampu dicapai nanti. Amin.
Pakar motivasi pernah menulis, yang azam atau niat ke arah sesuatu perubahan itu perlu diberitahu, sebab orang sekeliling akan sama2 ingatkan tentang azam / niat kita dan mungkin akan sama2 bantu capai azam itu. Kan best macamtu.. jadi..jom lah share azam anda. Siapa tahu, esok lusa dah tercapai. waah~
p/s: Wedding photobook dah siap! Tak tahan dah nak balik jumpa abang. tengok album...dan abang juge!.:) eh, azam awak apa eh?
#sayangawakltilljannah #dymie149 #solemnization
location: masjid kajang
tahniah bell & diana. hehe
ReplyDelete