Thursday, 13 June 2013

14.6.2013..Counting days..Wedding checklist..

Sedar tak sedar,
Harini sudah masuk 14 jun 2013...
dan...
dalam masa 3 bulan, perkara paling besar dalam hidup bakal berlangsung..

Persiapan?
60% mungkin...

Perasaan?
Neutral, really.. heartless...cuma mahukan semuanya selesai segera...insyAllah..

Entri kali ini, sekadar cuma senarai checklist perkahwinan yang dapat masa ronda festival pengantin..duluu...lama dulu...dari kadkahwin.com.

A very good checklist indeed. Disarankan untuk semua bakal pengantin yang menguruskan majlis sendiri tanpa wedding planner! :)


Pengikut perkiraan...

4bulan sebelum majlis: MEI

  • pilih dan tempah kad jemputan
  • tempah candy buffet? : "tak perlu kot. :p"
  • sediakan peta lokasi
  • tempah atau beli doorgift
  • tinjau lokasi majlis
  • pastikan semua kelengkapan perkahwinan telah lengkap.. "errrrr....blom laa"
3bulan sebelum majlis: JUN

  • lengkapkan borang perkahwinan "pon belum" :(
  • senaraikan tugasan untuk ahli keluarga "tunggu balik nanti"
  • sahkan kembali tempahan-tempahan yang dah dibuat 
  • buat tempahan melakukan spa: <--last minit nanti lahh
  • tulis alamat pada kad jemputan : by end of june! yosh~
  • mula membungkus cenderahati by end of june! yosh~
2bulan sebelum majlis: JULAI
  • pos kad kahwin
  • bincang aturcara majlis dengan semua pihak
  • bincang aturcara & skrip bersama emcee (if any)
  • cetak aturcara majlis
  • sediakan tempat tinggal utk saudara jauh
  • rancan kedudukan tetamu
1 bulan sebelum majlis: OGOS
  • Bincang dengan jurufoto, segala aturcara
  • buat rawatan muka &badan
  • Mencuba pakaian (fitting) termasuk aksesori dari pereka
  • memastikan semua keperluan majlis sudah dibelim dipinjam atau disewa
  • sediakan hiasan meja
  • pastikan cincin adalah ukuran yang betul
  • cuba kasut kahwin & berlatih menggayakannya...

Next checklist to be continued...:P


Jadi...dengan cara ini, dan dengan harapan yang saaaangaaat tinggi...aku akan lebih rajin jenguk blog ni untuk update list ni..miahaha..

Sebenarnya, list ni untuk awk juga, Mr.F.  sebab kita kan susah nak bincang banyak benda, lately..:)


unofficially married. #eh


The End.
Chocs

~31.3.13 ~

Lama dah bersawang page neh..
Hari neh nak share pic2 majlis pertunangan Cik Chocs & me :)

18.11.2008 till 31.3.13.. 4 tahun lebih dah merangkak dalam hubungan neh..
Banyak perkara da dilalui..hope 14 sept 2013 menjadi kenyataan :)















I
I
I
I
I

# sekarang cuma tinggal nk isi borang dari Jawi belah laki dan perempuan.. HIV test insyaallah dalam bulan Jun ni jugak..
# kad kahwin insyaallan siap dalam 23hb Jun ni..sedia utk diedarkan masa hari raya puasa :)
#harap semua dapat berjalan dgn lancar.. :)

** Xsangka da jadi tunang org..xlama ag laki org..nebesss~! **



140913KLIUC
BerriesLoveChocs

Friday, 3 May 2013

Sneak Peek!

Tentang Hari Itu.

31.3.13

Alhamdulillah. 

Now,We're taking this to the next level.
InsyaAllah.


p/s: I have a Mr. Fiancee! OMG~ 
Harus pandai jaga diri. :) 


Sunday, 17 March 2013

Surat Dari Kejauhan

Assalamualaikum..
Salam Ahad...

Liat betul nak menaip. Pasal?
kerja. kerja. kerja. Sejak bergraduasi jarang ada masa yang betul2 free nak buat karangan, mengisi blog yang patutnya jadi penghubung aku & dia yang kini di kejauhan..#eh.

Tambah lak, kerja ni ada musim dia.

Ada satu minggu tu, semua binatang sihat walafiat, sampi mati kutu kat ofis.
Ada plak, sampai musim binatang nak sakit je semua.. kesian nengok.. ikan terapung2, mata bengkak, cacing la,..Sobs.Sobs. Sedih kat binatang & dri sendiri. sbb kita letih, tp binatang pun nak attention jgk.

Kerja company swasta, memang kerja berat..die sedut kaw2 energy utk company. haha. balik2 K.O. Offday cuma sehari, Isnin je.

Tapi, yang bestnya kerja sini..Experience & environment.

Sumpah..syok. Sebab?
Penah ke tempat lain, leh plak bos ajak g tgk wayang sesama, belanja McD, KFC bagai, mandi pantai cenang together2, masakkan kek, muffin, triffle utk staff...hah, hambek. KauHado? Miaahahaha..*ops, gelak syaitoon nirajim plak*

Bestnya, kat cni..tempat kerja sebelah pantai..macam kerja sambil honeymoon gitu. Tudung dilibas2 oleh angin pantai yang sepoi2 bahase...gitewww..ahaksz. :p sambil-sambil tu leh cuci mata, macam dah duduk overseas nun, mat saleh kiri kanan. Pakaian? haruslah yang ala-ala Baywatch. Tempat korg hado? miahahaha. *astagfirullah*

Tapi...manakan sama kajang..tempat bergantung kasih..Jauh dengan family. Entah sihat, entah tak. Walaupun bak kata Celcom, semua dihujung jari, tapi tak kan sama dengan melihat family depan mata. :')

Okey. dah la tu. Kang kena hempuk ngan bos. Daa.

Ilal liqa'.

From langkawi..with love..
*penat dah ni*


p/s: sekarang dah 17hb. Maksudnye.....err....dah dekat..Dup Dap Dup Dap..Jmpa lagi 2minggu, cinta. <3

Wednesday, 23 January 2013

DuaRibuTigaBelas

Salam..
Minggu depan da masuk minggu terakhir bulan Januari..
Sebelum terlewat nk wish Selamat Tahun Baru pd sume pembaca baek kawan maupun lawan :)

2012 da pon kite tinggalkan..
N bg diri ini, bnyk perkara suka duka yg telah dilalui spnjg tahun lepas..
2013 ini diharapkan akan beri perubahan besar dlm kamus hidupku..

     KAHWIN!!!??
HaHaHaHa.. 
Adakah aku sudah bersedia utk ke arah itu??
Cuma yg pasti aku mahukan penutup tahun 2013 akn berakhir dengan gelaran LAKI ORANG!!~ :D

13.1.13 jadi saksi pertemuan empat pasang mate antara org tua kami..
Bnyk yg di potpet kan..
Ringkasnye..majlis pertunangan akan berlangsung pada 31.3.13..
Tarikh yg sgt menarik :P
Barang2 Hantaran da beli sume..
Tinggal nk deco atas dulang jer :D

Tarikh nikah pula akan ditentukan semasa mjlis pertunangan nnt...InsyaAllah..
Harap2 dpt cpt2..xbleyh tahan da hidop single...WeeeEeeee :D
Kami berharap semua akan berjalan dgn baek dan smpurna.
Doakan perkenalan kami sekitar 5tahun ini akan berakhir dengan ikatan yg sah..



Psst*~ : Pada awk yg kt Langkawi sn..jmpa lagi 2 bulan :) 


En. Berries

Saturday, 10 November 2012

10.11.12

Alhamdulillah syukur pada NYA,
Semalam 9nov genap aku berumur 25tahun...
aku masih bernafas di atas muka bumi Mu Ya Allah..

Tiada sebarang plan utk menyambut hari jadi spt tahun2 yg lps..
Sudah menjadi kebiasaan :)

10.11.12..
Hari Cuti..menghabiskan masa bersama teman baik.. KEYO..
menumpang tidur rumah sewa dia :)
melayan Anugerah Skrin (yg ntah ape2.hahaha)
kemudian terlelap smbil keyo & asyran maen game..
aku xnk cuba maen game tuh..takot ketagih mcm DOTA..
WaHaHa...
Hari berikutnya maen Bowling @times square..
lama xtnjuk skill!~


phewww~~
lama xmsuk ruangan blog..
cik choc da ke langkawi meneruskan karier nye disana..
sntiasa mendoakan yg terbaek wat dia spanjang disana
InsyaAllah..

Anak-Anak??
sekarang ade 8eko setelah 5 anak dijual dan diberi pada org..
anak2 baru lahir 3eko xdiberi nama lagi..
xde idea..huhu
And skrg..vannessa & vandetta cik choc (strawberry finch bird) berada dlm jagaan ku
sekarang giler burung pulak..
next will be serindit..kemungkinan next week akan dpt :)

Hope rezki kami akan sentiasa dimurahkan oleh-NYA..

Buat Awak~
semoga awk dpt mencapai ape jua impian awk dlm karier awk..
sy doakan awk berjaya
nnt kite jmpa ok ^_^
jaga kesihatan..awk mudah jtuh sakit =P

SALAM
En. Berries

Tuesday, 2 October 2012

Tentang perbualan..

Entah kenapa...semalam teringat satu perbualan..
 
Perbualan yang berlaku lamaaaaa dulu, semasa kami di tahun akhir..

Satu petang, selepas habis kelas...aku, Dr.I.S, Dr. N.S dan Dr. F.Z merantau ke pasar malam berdekatan kampus untuk mencari sesuap nasi. *karangan puitis* 

Malam nanti kami harus menjalani rotation di wad haiwan kesayangan, makanya, haruslah mencari makanan yang sedap2..

Okay...dalam perjalanan..kami sedang rancak berbual tentang sesuatu..tapi aku lupa apa topik utama dia..
yang aku tau, ayat Dr.I.S sangat menyentap petang itu, tersentap, & memang sedap..

Bla..bla..bla...

Aku: Aku tak pernah cium pipi mak aku..

Dr. IS: kau tak pernah?? *nada terkejut*

Dr.FZ: kau pernah ke weyh? *nadi lagi terkejut* 
(Dr.F.Z ni mungkin sama mcm aku kot, tak pernah kiss pipi)

Dr. IS: ye la..mesti la pernah cium..

Aku: Aku tak biasa la..salam, cium tangan tu rajin la..

Dr. N.S: ha'ah..aku pun..cium tangan je la.. (sama kes dengan aku jugak budak ni ;p)

Dr. IS: kau g la cium weyh, dah besar dah kita ni..nanti entah bila lagi dapat cium..

Aku: *sebak*

Dr.FZ: aku macam tak caya je..kau memang selalu cium pipi mak kau ke IS?

Dr. IS: takde la..aku pun macam korang jugak, dari dulu tak pernah cium pun..baru-baru ni je aku  cium pipi mak aku..masa start masuk U..  Hm..Alaaa..kau cium je la..mak aku pun terkejut masa tu..tapi aku cium je..
bila lagi weyh...

Dr.FZ, Aku, Dr.N.S: diam sejenak.
 Bait-bait Dr.IS sangat "makan dalam".

 
lepastu kami sambung topik lain, tajuk: "carikan calon yang baik untuk IS".haha.

Anyway.......

Dalam hati, bagus jugak budak IS ni. Tak sangka budak ni nampak je macam kuat main dalam kelas,
tapi hati dia, baik..family man, bak kata omputih. 

Aku kagum sendiri. Terbaik la, bro!

Bila pulak la aku nak jadi anak yang baik ni. 

Okey, mula sekarang, Diana. InsyAllah.

Oh, dialog ni mungkin tak 100% sama dengan apa yang kami bualkan, tapi memang berkisar macam ni la..

FYI, Dr.N.S dan Dr. FZ adalah perempuan...Dr.IS adalah lelaki panjang.. dan..kini doktor haiwan :)

p/s: Saya sayang mama saya. Anda bila lagi? ops.

*peringatan untuk diri sendiri*